Halaman Utama

Friday, August 10, 2018

Siapa sangka penulis novel Jangan Benci Cintaku sebenarnya seorang doktor

 Menurutnya, minat membaca serta sokongan daripada suami merupakan dorongan buatnya untuk menghasilkan penulisannya sendiri.

 Suaminya mewujudkan blog agar beliau dapat menulis di blog berkenaan. Idea penulisannya diinspirasikan oleh realiti kehidupan masyarakat kita. Ia sememangnya terjadi di dalam kehidupan seharian kita namun ia tidak membabitkan mereka yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Sudah lapan buah buku dihasilkan doktor berbakat ini dan JBC merupakan penulisannya yang dihasilkan ketika berada di tahun akhir pengajian perubatannya.

 Pada mulanya, beliau tidak menyangka bahawa drama berkenaan menerima sambutan dan hanya menyedari akannya ketika masuk minggu kedua drama itu ditayangkan . Selain itu, penonton yang begitu menghayati drama berkenaan turut mewujudkan ‘#teamhusna’ ‘#teamfiqa’ dan ‘#teamshah’ di laman sosial! Hebat juga penangan drama ini. Ada segelintir yang begitu marah akan Husna (salah satu watak) atas watak yang didokongnya. Baginya, para pelakon harus diberi kredit kerana berjaya menjayakan karakter masing-masing.



 Mesej di sebalik novel itu menurut beliau adalah, isu rumah tangga sebegitu sebenarnya wujud dalam masyarakat kita. Masalah orang ketiga iaitu Husna (Niena Baharun) sememangnya terjadi pada sesetengah rumah tangga. Di dalam drama ini, rumah tangga Rafeeqa (Zahirah Macwilson) dan Shahrizal (Saharul Ridzwan) diganggu Husna yang berkeras mahu pasangan suami isteri berkenaan bercerai. “Tidak semestinya individu bertudung seperti Husna itu baik dan sebaliknya buat Fiqa yang tidak bertudung itu jahat”, jelas Emy.
 Beliau dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah lagi novel yang dijangka akan siap pada Mac tahun depan (2019) untuk Pesta Buku Antarangsa Kuala Lumpur (KL).
 Menurutnya, pembaca lebih tertarik dengan bahan bacaan berunsur percintaan dan konflik keluarga kerana ia lebih dekat di hati pembaca. Novel JBC telah diterbitkan pada tahun 2013 dan sudah dicetak beberapa kali melalui Penerbitan Idea Kreatif. Untuk mereka yang mahu mendapatkan novel berkenaan dan novel yang lain boleh mendapatkannya di kedai buku atau melalui pembelian secara atas talian di http://www.ideakreatif.net/ .

No comments:

Post a Comment