Halaman Utama

Sunday, November 26, 2017

Bagaimana Bank Menjana Keuntungan




           PERNIAGAAN PERBANKKAN ANTARA PALING MENGUNTUNGKAN


Ramai sebenarnya yang tahu kisah sebenar penutupan bank di Greece. Media massa, cikgu, ahli politik dan juga orang bank tidak akan memberitahu anda perkara ini, iaitu bagaimana semua bank di Malaysia mahupun di seluruh dunia tipu kita, biar saya yang bagitahu anda supaya anda membuka mata hati dan lebih celik melihat perkara sebenar yang berlaku di dunia yang telah dikaburi ini.


INILAH CARA LICIK SEMUA BANK DI MALAYSIA TIPU SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG RAMAI TAK TAHU !!





Ramai sebenarnya yang tahu kisah sebenar penutupan bank di Greece. Media massa, cikgu, ahli politik dan juga orang bank tidak akan memberitahu anda perkara ini, iaitu bagaimana semua bank di Malaysia mahupun di seluruh dunia tipu kita, biar saya yang bagitahu anda supaya anda membuka mata hati dan lebih celik melihat perkara sebenar yang berlaku di dunia yang telah dikaburi ini.







Raja kepada sistem pemusnah dunia – FRS

Hari ini saya nak terangkan tentang Fractional Reserve System (FRS). Satu sistem dimana perbankan di seluruh dunia mencipta duit. Duit yang kita miliki bukan lagi disandarkan dengan ‘simpanan emas – gold standard’ bermula dari tahun 1971 lagi (Bretton Woods), tetapi duit kita hari ini tak kira lah duit fizikal atau duit elektronik tidak disandarkan dengan apa-apa lagi. Ianya di panggil duit fiat – duit yang dihasilkan atas persetujuan kuasa-kuasa tertentu. Semakin banyak duit dicipta, semakin jatuh nilai duit tersebut. Semakin jatuh nilai duit berkadaran langsung dengan peningkatan inflasi. Semakin tinggi inflasi, semakin tinggi harga barang dan service dan ini menyebabkan kita makin miskin dan miskin. Faham? Secara dasarnya kita kena tahu dari mana duit dicipta dan kita harus bersama hapuskan sistem ini. Apa yang saya nak terangkan ini tidak diajar disekolah dan di universiti, bahkan orang-orang besar bank pon kebanyakkan tak tahu sistem ini. Anda akan belajar sesuatu yang besar hari ini. InsyaAllah ilmu ini akan dapat membantu anda.

Awak bayangkan di Malaysia ini ada satu bank sahaja untuk memudahkan penyampaian cerita saya. Dan bank tersebut saya gambarkan seperti di gambar diatas. Ikut turutan nombor yang disediakan;

(1). Carl ada RM1000 hasil berniaga dan simpan duit tersebut ke dalam bank dan dalam buku akaun dia tertulis Carl dah deposit RM1000 ke dalam bank. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM100) duit Carl di dalam reserve bank dan 90% (RM900) lagi bank akan memberi loan kepada orang yang memerlukan.

(2), (3) & (4). Belle membuat personal loan dari bank sebanyak RM900. Duit yang Belle pinjam itu terus bank masukkan ke dalam akaun Belle secara elektronik dan dalam buku akaun dia tertulis Belle mempunyai deposit sebanyak RM900. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM90) duit Belle di dalam reserve bank dan 90% (RM810) lagi bank akan memberi loan kepada orang yang memerlukan.

(5), (6) & (7). Apa yang berlaku kepada Belle, sama berlaku kepada John and Steve. Sehingga (8) pihak bank memutuskan untuk tidak teruskan lagi memberi pinjaman kepada orang seterusnya (memudahkan cerita).

(9). Jika diperhatikan dengan teliti di dalam kotak hitam (reserve bank), bank hanya mempunyai duit sebanyak RM1000 sahaja (RM100 + RM90 + RM81 + RM729) seperti jumlah asal yang Carl masukkan ke dalam bank. Tetapi jika dikira melalui buku akaun peminjam dan termasuk Carl, duit mereka secara total adalah sebanyak RM3439! (RM1000 + RM900 + RM810 + RM729). Bank berjaya membuat duit dari RM1000 menjadi RM3439 secara digital tanpa anda sedar. Begini lah caranya bank membuat duit melalui simpanan dan pinjaman anda.

(10). Itu kalau saya stop sampai Steve sahaja. Kalau saya teruskan lagi dengan bank memberi pinjaman demi pinjaman, melalui (FRS – 10%) ini, pihak bank mampu membuat dari deposit sebanyak RM1000 menjadi RM9,999. Dan lebih dasyat lagi RM1,000,000 menjadi RM9,999,999!


Disebabkan ini lah punca sebenar kenapa nilai duit kita makin jatuh hari demi hari. Semakin banyak duit dipasaran, semakin jatuh nilai duit. Barang menjadi semakin mahal. Yes bank itu institusi paling kejam di dunia, dan sistem yang terbina atas dasar ‘riba’ ini merupakan satu sistem yang amat berbahaya sekali dan tetapi jauh lebih kejam jikalau anda sendiri yang menyokong sistem ini. Anda menyimpan ke dalam bank dan membuat loan dengan bank. Penggunakan kad kredit dan kad debit adalah penyumbang terbesar kepada sistem ini. Tanpa anda, sistem ini pasti akan musnah. Kalau tak percaya, apa kata kita semua rakyat Malaysia keluarkan duit dari bank-bank di Malaysia. Hanya 10% sahaja orang yang akan dapat duit mereka disebabkan bank memang tiada duit, mereka hanya cipta duit secara maya sahaja melalui digit-digit dalam buku akaun dan akaun online anda.

Kalau nak simpan duit, saya galakkan tukarkan duit tersebut kepada komoditi seperti emas atau perak. Kerana barangan komoditi ini tidak akan hilang nilai. Semakin jatuh nilai duit, semakin tinggi harga komoditi. Kena jadi bijak dan percaya kepada Allah.

p/s: Now dah tau kenapa sebenarnya rakyat Greece mengeluarkan wang mereka dari Bank? Dah tahu kenapa saya begitu memperjuangkan anti-riba. Kenapa saya tidak menggalakkan penggunaan elektronik money (debit & kredit kad)? Jarang menggunakan khidmat bank? Tiada kad kredit? Mana yang saya boleh elak saya elak dan kalau lagi best kita sama-sama beri kefahaman ini kepada seluruh orang Islam kita. Bukan saya maksut kan 'simpan duit bawah bantal', lebih kepada pelaburan.. untuk bumiputra malaysia sila buat akaun asb (amanah saham berhad). Jatuhkan institusi kewangan ini dan naikkan institusi kewangan Islam. Ingat, zaman kegemilangan Islam tiada institusi bank.



Sumber : kakirocket

Monday, November 13, 2017

ASAM GARAM LAGU TAK TUN TUANG

Image result for tak tun tuang
ini profail ig Upiak..manis bukan



GELORA LAGU TAK TUN TUANG - Tiba-tiba lagu ni jadi viral pulak. Bukak je Youtube, ada yang cover atau parodikan lagu Tak Tun Tuang ni. Auni ada baca yang lagu ni lagu Minang tapi tak tahu la sahih ke tidak. Tak faham pun maksudnya lagu ni cuma ianya seronok di dengar walaupun a quite annoying. Haha!
Image result for tak tun tuang
cover by wani hasrita ft. wany

Lagu ini dinyanyikan oleh Upiak Isil, artis Minang. Sumatera Barat. Banyak jugak lah lagu dia dalam Youtube tu. Kalau tengok video klip dia macam orang kurang waras, tapi ada satu video klip Upiak Isil ni yang nampak normal tau. So dia buat video klip ala-ala orang tak betul tu sekadar hiburan je.
By the way, apa maksud Tak Tun Tuang? Kalau korang nak tahu, takde maksud pun. Tak Tun Tuang tu macam bunyi alat muzik je. Haaa gitu.. macam korang main drum la.. Ehh meh Auni share lirik Tak Tun Tuang yang tengah viral ni.
Tambah kapsyen



Image result for tak tun tuang
https://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&source=images&cd=&ved=0ahUKEwi9xofRub3XAhXHRY8KHciuAksQjRwIBw&url=https%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DkDBWj2UDRLM&psig=AOvVaw26-llESRRZDHD5d-gc0WR6&ust=1510727620417170



Image result for tak tun tuang
-------------------------------------------------------------------

LAGU : Tak Tun Tuang
ARTIS : Upiak Isil

Aku belum mandi... tak tun tuang.. tak tun tuang...
Tapi masih cantik juga... tak tun tuang.. tak tun tuang...
Apalagi kalau sudah mandi... tak tun tuang.. tak tun tuang...
Pasti cantik sekali...

Kalau orang melihatku... tak tun tuang...
Badak aku taba bana... tak tun tuang.. tak tun tuang...
Tapi kalau langsuang di idu... tak tun tuang...
Astaghfirullah baunya...

Kalau cowok ganteng yang lewat aku acuah je nyeh...
Kalau apak gaek yang lewat aku aniang je nyeh...

Yang penting indah manggaduah urang... tak tun tuang...
Walau acok galak surang... tak tun tuang.. tak tun tuang...
Walau sangko urang awak dalang... tak tun tuang...
Tapi hati isil sanang...

                                   -------------------------------------------------------------------

Semoga terhibur ye korang ! Selamat petang :)

Saturday, November 11, 2017



PENAFIAN



Penafian | Sila baca penafian ini sebelum anda berhasrat untuk mengecam dan menyaman penulis atas apa-apa penulisan yang tidak betul tentang, atau yang dianggap telah mengganggu ketenteraman,  anda serta ahli keluarga, sanak-saudara, jiran-tetangga dan kucing kesayangan anda yang telah diterbitkan melalui blog ini. Segala penulisan yang dikongsi dalam blog ini merupakan pendapat peribadi milik penulis semata-mata yang telah ditapis mengikut garis panduan Akta Hasutan 1949, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Semua pendapat yang ditulis dalam blog ini tidak mewakili pendapat mana-mana pertubuhan, jenama dan parti politik. Penulis juga ialah seorang pengamal undang-undang.

TENTANG BLOG

Blog maxgrandted.blogspot.com merupakan laman web bersifat santai yang berfungsi sebagai medium penghimpunan dan perkongsian penulisan peribadi oleh penulis serta artikel-artikel berkaitan gaya hidup semasa (lifestyle), trend membeli-belah (hobi rasmi penulis), teknologi terbaru (contohnya aplikasi atau aplikasi yang boleh membuat orang hodoh nampak cantik), pengalaman travel di tempat-tempat yang menarik terutama sekali di mana ada tempat makan yang sedap-sedap di situ serta event yang berlangsung di kawasan berdekatan penulis. 

PENGGUNAAN MAKLUMAT

Segala maklumat yang dikongsi dalam blog ini adalah untuk tujuan santai semata-mata dan berasal dari pelbagai sumber berlainan. Penulis bukan seorang yang pakar dalam semua perkara yang ditulis (contohnya penulis tidak arif memberi nasihat tentang amalan perubatan walaupun pernah menghantar surat saman terhadap hospital di atas kecuaian perubatan). Justeru itu sila maklum bahawa kesemua artikel penulis bukan 100% kredibeldan anda disyor mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar yang diiktiraf. Anda juga dinasihati agar jangan sekali-kali menjadikan blog ini sebagai sumber bagi tugasan ilmiah anda, melainkan anda ingin mengambil risiko gagal dalam peperiksaan dan mengulangi semester. Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kemalangan, kecederaan, kerugian wang dan masa, kehilangan harta dan nyawa, kemurungan jiwa, kesakitan hati, kematian, serta kebodohan yang anda alami disebabkan anda telah mengambil atau 'copy paste' info dari artikel penulis. Anda telah diberi amaran.

HAKCIPTA TERPELIHARA

Anda dibenarkan berkongsi semula artikel dalam blog dengan meminta keizinan terdahulu daripada penulis. Penulis tidak akan makan orang selagi anda tidak mengubah dan memutarbelit fakta asal artikel serta tidak lupa memberi kredit kepada empunya milik asal artikel. Jika anda copy paste artikel tanpa kebenaran demi menaikkan trafik untuk platform menjana wang seperti AdSense dan sebagainya, penulis tidak akan teragak-agak untuk memberi fraudulent click bertalu-talu pada widget anda sehingga anda kena ban oleh AdSense (dan platform sebagainya). Padan muka. Haha. Anda telah diberi amaran.

Terma dan syarat penafian ini tertakluk kepada perubahan bila-bila masa tanpa notis. Segala pertanyaan, pujian dan ugutan boleh dikemukakan di e-mail: akama80@gmail.com. Harap maklum.